Friday, January 15, 2010

# Hanya Pada-Mu #


ya-Allah...

kuatkan semangatku..
tabahkan hatiku..
hanya pada-Mu tempat ku mengadu..

Sunday, January 10, 2010

# Mood Swing #

Perghhh..sejak dua menjak ni, mood swing aku tak leh blah dowh ! Makin menjadi-jadi. Kejap rasa happy, kejap rasa sedih..bersilih ganti betol~ Serious aku dah bosan hidup mcm skrg ni..bila nak bertitik noktah pun tak tau. Nak melepaskan diri tak boleh, lagipun ke mana arah nak ku tuju..ceewahh ! =P Bak kata ust. wan akashah, dunia ni tempat ujian..yg tbaik just redha je laaa. Tapi dah nama pun manusia..mesti ada rasa nak merungut. Haihhh (!_!)

Satu persoalan yg kadang-kadang ganggu fikiran aku...


"perlu ke ada lelaki dalam hidup seorang wanita kalau situasinya lebih mengecewakan dari dibuai bahagia?" -ayat nak novel :P-


Masih belum sampai tahap aku membenci lelaki tapi rasa fobia mmg dah ada.

Friday, January 8, 2010

# Selamat Hari Jumaat #

Salam Hari Jumaat utk semua :)

Aktiviti aku hari ini?

~ amek mak balik dari pasar

~ pegi umah Pak Chaq

~ pegi umah Kak Fit

~ balik umah online..wah ha ha !

To Kak Fit : Selamat Pengantin Baru ! moga kekal bahagia sampai akhir hayat. aminnn :) Maaf sgt2 sbb tak dpt attend ur wedding esok. Sama la pulak kan tarikhnye dgn my cousinnye wedding. Tapi tadi dah g jenguk dah kejap..siap dpt bunga telur dah. Sangkiu2 ^_^ Just tak leh nak amek gambar sama-sama la. Baru ingat nak amek berkat jiran depan umah. Ihihihihihi.

Esok pagi2 akan berlepas(mcm la jauh sgt :P) ke Jitra kepo-kepo wedding my cousin. Dah lama tak kepo-kepo kat majlis kahwin. Weeeee ~ Jap lagi kene charge bateri camera. Esok mau amek gmbr byk2. Aku pun dah lama tak bergmbr. Nantikan okeyyy...


Special Tribute utk Kak Fit & Abg Adni...



soksek soksek : gmbr ehsan dari FB Kak Fit...ngahahahaha !

Wednesday, January 6, 2010

# Kalau Perempuan Cantik #


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...


Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...


Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la taklawa,perangai plak mcm sial!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata:wow!heroin sejati...


Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akankata: hmm...taktik nak ngorat la tu...


Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: okla...bagai pinang d belah dua...


Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata:kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...


Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayubtol mamat tu!!


Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut ponkena reject...


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...


Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni...


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:wah...caringnyer...


Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:eleh,gedik la tu...


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...


Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2nangis!!gembeng tol..ngade2 la...


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...


Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...


Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...


Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Tuesday, January 5, 2010

# Start Your Day With A Smile #


We tend to forget that…Happiness doesn’t come.. as a result of getting something we don’t have,But it rather comes.. by recognizing and appreciating all that we have.

Never look at what you have lost. Always look at what is left with you.

# Doa Cari Jodoh ^_^ #

First entry for 2010 :)

jgn tergelak membacanya.. .tersenyum aje cukup


Ya Allah,
kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...

Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku....

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!

Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu ,
dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...

Amin...

Ngahahahahaha !!!
Aku x mampu nak tersenyum aje..mmg aku tergelak di saat membaca email ni dlm inbox aku (",)