Friday, January 15, 2010

# Hanya Pada-Mu #


ya-Allah...

kuatkan semangatku..
tabahkan hatiku..
hanya pada-Mu tempat ku mengadu..

Sunday, January 10, 2010

# Mood Swing #

Perghhh..sejak dua menjak ni, mood swing aku tak leh blah dowh ! Makin menjadi-jadi. Kejap rasa happy, kejap rasa sedih..bersilih ganti betol~ Serious aku dah bosan hidup mcm skrg ni..bila nak bertitik noktah pun tak tau. Nak melepaskan diri tak boleh, lagipun ke mana arah nak ku tuju..ceewahh ! =P Bak kata ust. wan akashah, dunia ni tempat ujian..yg tbaik just redha je laaa. Tapi dah nama pun manusia..mesti ada rasa nak merungut. Haihhh (!_!)

Satu persoalan yg kadang-kadang ganggu fikiran aku...


"perlu ke ada lelaki dalam hidup seorang wanita kalau situasinya lebih mengecewakan dari dibuai bahagia?" -ayat nak novel :P-


Masih belum sampai tahap aku membenci lelaki tapi rasa fobia mmg dah ada.

Friday, January 8, 2010

# Selamat Hari Jumaat #

Salam Hari Jumaat utk semua :)

Aktiviti aku hari ini?

~ amek mak balik dari pasar

~ pegi umah Pak Chaq

~ pegi umah Kak Fit

~ balik umah online..wah ha ha !

To Kak Fit : Selamat Pengantin Baru ! moga kekal bahagia sampai akhir hayat. aminnn :) Maaf sgt2 sbb tak dpt attend ur wedding esok. Sama la pulak kan tarikhnye dgn my cousinnye wedding. Tapi tadi dah g jenguk dah kejap..siap dpt bunga telur dah. Sangkiu2 ^_^ Just tak leh nak amek gambar sama-sama la. Baru ingat nak amek berkat jiran depan umah. Ihihihihihi.

Esok pagi2 akan berlepas(mcm la jauh sgt :P) ke Jitra kepo-kepo wedding my cousin. Dah lama tak kepo-kepo kat majlis kahwin. Weeeee ~ Jap lagi kene charge bateri camera. Esok mau amek gmbr byk2. Aku pun dah lama tak bergmbr. Nantikan okeyyy...


Special Tribute utk Kak Fit & Abg Adni...



soksek soksek : gmbr ehsan dari FB Kak Fit...ngahahahaha !

Wednesday, January 6, 2010

# Kalau Perempuan Cantik #


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...


Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...


Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la taklawa,perangai plak mcm sial!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata:wow!heroin sejati...


Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akankata: hmm...taktik nak ngorat la tu...


Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: okla...bagai pinang d belah dua...


Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata:kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...


Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayubtol mamat tu!!


Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut ponkena reject...


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...


Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni...


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:wah...caringnyer...


Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata:eleh,gedik la tu...


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...


Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2nangis!!gembeng tol..ngade2 la...


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...


Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...


Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...


Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Tuesday, January 5, 2010

# Start Your Day With A Smile #


We tend to forget that…Happiness doesn’t come.. as a result of getting something we don’t have,But it rather comes.. by recognizing and appreciating all that we have.

Never look at what you have lost. Always look at what is left with you.

# Doa Cari Jodoh ^_^ #

First entry for 2010 :)

jgn tergelak membacanya.. .tersenyum aje cukup


Ya Allah,
kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...

Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku....

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah!

Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu ,
dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...

Amin...

Ngahahahahaha !!!
Aku x mampu nak tersenyum aje..mmg aku tergelak di saat membaca email ni dlm inbox aku (",)

Sunday, December 20, 2009

# Tahajjud Cinta #

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Thursday, December 17, 2009

# Akhirnya #

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

May I change it? sepandai-pandai an***g berlari, akhirnya tersungkur ke dlm najis sendiri. Mungkin ini yg lebih TEPAT. Huh !!! rs sgt marah ok.

Akhirnya, manusia bertopengkan syaitan tu mengaku perbuatan dengki khianat yg dah dilakukan. Sungguh teramat keji dan jijik. Satu family same je. Sanggup meninggi suara, tengking2 org yg tak sepatutnya ditengking hanya krn ingin membela org yg sejelas-jelasnya bersalah. Sebab apa? Sebab hati perut tu busuk sebusuk-busuknya. Tanpa usul periksa, serang org sesuka hati. Eeeee..mmg dasar perangai mcm haram.

Takpe..Allah tak banyak. Allah satu aje. Dia Maha Berkuasa,Maha Mengetahui segala-galanya. Aku tau..ada dendam yg tak pernah hilang dan tak akan hilang. Buatlah apa sahaja seboleh mungkin. Aku redha. Semuanya dah ditetapkan. Kalau rasa SYAITAN itu sahabat terbaik dan NERAKA itu tempat terindah, silakan. ALLAHUAKBAR !

wahai lelaki-lelaki..

jgn pernah bayangkan poligami itu indah. mungkin indah pada nafsu tapi derita pada tanggungjawab. berlaku adil tak akan semudah seperti dituturkan.


Tuesday, December 15, 2009

# Thank You ^_^ #

TO THAT SOMEONE...

THANK YOU VERY MUCH FOR D' WISH THIS MORNING (",)

I know he will not read this message but still, i wanna thanked him for d' sms received while I'm driving to Butterworth this morning. I'm sooo happy..thanks a lot for d' support :)

Sunday, December 13, 2009

# Program Kembara Mencari Ilmu 2009 #


Tarikh : 12 - 19 Disember 2009
Tempat : Serendah Sekebun Bunga Holiday Homes, Sik, Kedah.
Penganjur : Unit HCM, TM Kedah & Perlis





Finally, my blog updated ! ^_^


Alkisahnye..jumaat n sabtu lepas aku join staff-staff HR berprogram di Sik. Memandangkan aku still jobless dan kebosanan lepak di rumah seorang diri..Abg Ayiem, Kak Umi n Abg Faudzy pun dengan berbesar hatinya mengajak aku join event dgn dorg..ehehehe :D Practical student kesayangan la katakan. Ahakss ! (masuk bakul angkat sendiri neh~ adeh :P) Peduli apa aku..mmg rasa disayangi pun ^_^

Aku pun melompat gumbira la. Ade gak activity..xde la melepak kosong je kt umah melangut depan TV. Ngahahaha~ So, jumaat ptg tu Kak Umi dtg amek aku kt umah then husband die antar ktorg g Sik. Bertolak dlm kol 4.30 smpi sana dlm kol 6. As usual, aku 1st time smpi Sik. Aritu masa kenduri umah Abg Faudzy 1st time smpi Pokok Sena. Wah ha ha ! Kesian kat aku. Kedah murtad rupenye =P Takper, Kak Umi ckp..pasni kami ade program lagi kami bwk Hajar skali. Yeayyyyy. Seronottt (",)

Program Kembara Mencari Ilmu ni ala-ala kem motivasi utk bebudak sekolah rendah n menengah but more to islamic la sbb objektif utama utk hafal surah-surah lazim al-Quran dan surah Yasin. But still ade games n ceramah motivasi lain la. It's like 3 in 1..get knowledge,having fun n learn to be independent. Lokasi program pun strategik sbb tmpt tu sunyi, aman-damai, hijau dgn pokok yg sgt byk, ade sungai bagai plus mmg mandi air sungai even dlm bilik chalet. Malam tido best giler sbb sejuk. Sesuai la nak hafal-menghafal kan. Utk tenangkan minda pun bagus. I loikeee !~

A night b4 program, standard la tido lambat. Participants dari KL smpi kol 11 mlm. Bla bla bla kol 12 baru dorg check-in. Pastu baru la aku, Kak Umi n Abg Faudzy start prepare everything utk registration esok paginye. Even aku dh ngantuk tp enjoy giler sbb dpt layan loghat Sik yg dituturkan oleh Abg Rosli n Abg Ayiem yg sebok nk ckp gak even x reti. WAH HA HA. Ala-ala kelantan campur siam. Adoiyaiii. Pecah perut weyy gelak. Tubik, kelik, bahong sumer ade. Selesai keje kol 2..pastu naik bilik terus pengsan. Kol 530 dah bangun tgg Q nak mandi. Manyak mantok wooo. Ari sabtu tu, kol 830 gerak ke Masjid Chepir utk registration smpi kol 12 baru beres semuanya then balik ke Holiday Homes utk next activity. Aku dgn Kak Umi just ke sana utk jd urusetia pendaftaran shj. Lepas siap keje-keje yg sepatutnya Abg Faudzy antar kami balik umah memasing.

A SPECIAL THANKS to Abg Ayiem, Kak Umi, Abg Faudzy, Abg Zakri n Ustaz Aisha for inviting me to join your event. Next time ajak lagi ok. Wonderful Moments to be remembered. I'm loving it ^_^

Friday, November 20, 2009

# Buat Renungan #

Aku terjumpa satu blog ni.. mengenai sepi seorang wanita. Dan aku tertarik dengan komen yg diberikan utk tuan punya blog...

Komen 1 :

Salam Wid,

sepi tu perasaan yg indah..anugerah ilahi pd hambaNYA..tika sepi..nabi bertapa dlm gua..cari ketenangan..cari hidayat..cr kelemahan diri...sepi?apa sebab wid terasa sepi?tiada teman?tiada kawan?tiada shabt?

nabi kita sendiri menlalaui perasaan sepi tanpa temanyaa..bgimana..adam sunyi tanpa hawa..nabi akhir zaman..dia pun rs sepi, sunyi dan sedih tika wafatnya saidatina khadijah..malah sthn nabi bersedih..lepas wafatnya istri dia..diikuti oleh sedara yg lain pulak meninggal dia..sedgkan mereka ni adalah tulang belakang dalam menjalankan peyebaran dakwah islam.

sepi tu fitrah..perasaan ciptaan yg esa pd makhluknya..tidakah sepi itu cukup sempurna pd kita..kerna setiap ciptaan allah yg esa..cukup sempurna wlu pun cacat sekali pun...kerna itu adalah tersembunyinya hikmah..

sepi seorg wanita..sbgi seorg anak, seorg ibu, seorg istri, seorg shbt dan sbginya..sepi kita sbgi hambaNYA..?

jika kita perlu teman..kita perlu tahu..apakah itu teman?bgimana concept teman yg sebenrnya..?knp kita tidak jdkan al-quran sbgi teman..kerna itu pasti akan teman kita dalam kubur nanti..

jika sepi seorg dara pd teruna..mintalah pd allah...mintalah pd yg esa...kerna janji allah pasti benar..pasti akan dimakbulkan..lambt dan cepat itu semua ujian dr allah..penantian bukan satu peyeksaan tp satu process pemikiran yg perlu kita lalui....

sepi itu indah..

Komen 2 :

Salam wid,

sy minta maaf jika ada slh silap dlm hal ni..kerna sy tak mampu nak fahami perasaan wid tika ini dan juga ini adalah kelemahan diri sy sbgi manusia yg bersifat lemah n serba kekurangan...tu adalah fitrah manusia..nabi sendiri setiap malam beristifar mohon ampun pd allah..sdgkan nabi ni dah ma'sum..

al-quran tu kalam allah..setiap apa yg ada dlm isi al-quran dtg dari allah..setiap2 kata2nya penuh hikmah..kebijksaan yg esa , kekuasaan yg satu..rs yg penuh sakinah..n mawadah..kshnya pd semua makhluk ciptaannya....sygnya pd umat manusia diberi berpsgan..

adakah wid rs sepi sbgi wanita?atau wid rs sepi sbgi hambaNYA?jika wid rs sepi sbgi wanita tanpa laki..itu perasaan semua yg status single skrg ni..pasti berkongsi perasaan yg sama dgn wid...mereka yg mc cari calon suami..mereka yg berstatus single..mereka yg rindukan hidup berkeluarga..mereka yg rindukan zuriat umat nabi muhammad...

wid..sejauh mana usaha kita terletak..sejauh mana kehendak kita dlm sesuatu hal..allah melambt jodoh utk kita..allah melewatkan jodoh untuk kita..mlh ada kala kita rs allah menangguhkan jodoh utk kita...sebenarnya kita tidak mampu fikir apa yg terbaik utk kita.tanpa hidayat dari allah, ilmu dari allah, dan cahaya iman. apa yg terbaik pasti dtg dari allah yg esa...kita kena ingt kehendak kita bukan kehendak yg mutlak tapi kehendak yg mutlak datang dari yg esa...allah sebaik2 perancang..

wlupun sy tak kenal wid..tp sy yakin widadalah perempuan..dan sy juga ppuan..ada hti dan perasaan..wid..laki2 pun tetap rs sunyi..perasaan sunyi yg pertama dtg dari nabi adam..dr sesorg laki..perasaan sepi seorg lelaki n pepuan adalah sama aje..kerna kita dtg dari spesis yg sama..makluk allah yg bernama manusia..yg bezanya sistem biologi aje...semua benda lain adalah sama..hati, perasaan n ....oklah jumpa lagi wid!

-copied from diyana arshad's blogspot-

Thursday, November 19, 2009

# Masih Ada Yang Sayang #

"Adik sayang dah balik ka dari Kl..ka dah keja kat sana…"
-email dari Kak Umi-


Ya-Allah tersentuhnya hati aku saat membaca ayat ni...masih ada yg sayang rupanya. Org luar yg aku dah anggap mcm kakak sendiri. Ayat tu nmpk biasa xde pape tp pd aku sgt bermakna. Maybe sbb aku dpt email ni time aku totally down kot, touching giler smpi aku nangis..rasa nak g peluk Kak Umi sgt-sgt masa tu (!_!)

Thanks for your concern sis..really loves you.

# Uhuk Uhuk #

Hurmmm,nape la sejak 2 menjak ni aku jadi makin x berperasaan eh? ujian yg menimpa diri ini telah mengubah perasaanku. ceewah !~ :P

Lepas kejadian email layang tu aku jd seorang yg susah nk buat decision on matters of my life. Tmbh pulak dgn d' worst story ever pasal kisah aku sebagai 'pekerja'. Ha Ha Ha.Aku jadi malas, terlalu sensitif, serabut kepala otak, tekanan, rasa tak nak pk pasal kerja..semua-semua la. Mcm-mcm ada. HISK :(

"Rasa taknak pk pasal kerja" sgt tidak boleh diterima. How come kan..abis, sape nk bayar loan YTM aku? Takkan aku nak jadi penganggur terhormat sampai menutup mata kot? Ihihihihihi. One more thing yg berkaitan keje ni, aku rs sgt berat hati nak tinggalkan Kedah n keje di luar Kedah..except Penang n Perlis la coz dekat je both state tu. Melaka mungkin akan dipertimbangkan if dpt peluang kt sana. Huhu.

Aku jadi tak sampai hati nak tinggalkan mak ngn ayah lagi. Kemungkinan aku dpt peluang baik di luar Kedah tp aku rasa aku sanggup tolak kot. Aku rasa nak korbankan peluang tu just sbb nk stay umah ngn mak ayah. Aku nak dorg ada depan mata sementara aku masih ada peluang tu.

Sgt tak tau nape aku leh rasa mcm tu. Serious buntu giler bile pkkan pasal ni (!_!)

Monday, November 9, 2009

# Interview #

Alhamdulillah..percubaan yg kononnye suke-suke membuahkan hasil jugak. I will be attending 2nd interview dis coming Sunday. Sunday is a working day for Kedah ok..hihi ^_^

Anyway, ade sesape yg rasa nk bg email layang kt aku lg tak? sementara tawaran masih dibuka ni..but dis time company kecik kt kedah je,x mcm SD..gaji pn ciput je. x perlu la kot ek..x berbaloi pun nk buat email layang tu lg.

Rezeki Allah ada di mana-mana dan rezeki tu x boleh disekat oleh sesape pun. Kalau itu dh tertulis dlm buku catatan kita,smpi masanya kita akan dapat jgk. Cuma x tau cepat ke lambat,susah ke senang nk dpt. Sape kite manusia lemah ni nk sekat or halang rezeki manusia lain? Semuanya pinjaman..bkn hak milik mutlak.

Apa-apa pun, I'm wishing a very best of luck for myself n my fellow friends ^_^ Love you guys..(hug n kiss) :-*

Monday, October 5, 2009

# Salah Faham #


Ada salah faham dah berlaku nampaknya. Aku hanya membetolkan apa yang tak betol..membetolkan kenyataan yg direka-reka semata-mata..fakta yg bukan aku sendiri suarakan. Demi Allah tak ada niat utk bohong or wutever. Aku bukan murahan sgt la nk test-test org. Salah ke kalau aku just nak betolkan situation tu?

Dan aku rasa..dah ada org terlebih perasan. Seriously I am not falling in love with anybody at dis moment. Mission utama : target utk berkerjaya seawal tahun depan belom tercapai pun lagi. Adoiiyaiii.

Saturday, September 26, 2009

Thursday, September 17, 2009

# H1N1 Awareness #


Perkenalkan kwn-kwn..ini la Puan Samsiah Mohd Ghazali a.k.a Kak Sham, Pegawai OSH TM Kedah/Perlis. Gmbr ni En. Amir yg captured time tgh tampal-tampal poster awareness H1N1. Please excuse my sandal k..itu selipar aku kt ofis. Lupa nk tukar pakai kasut proper cket ms turun tampal poster ni aritu. Ihihihihihi =)

# Majlis Berbuka Puasa #


Kedah..Royal Heritage Tour ~ btol btol btol ! ehehehehe. Haaaaa...selesai event ari kamis, sambung plak event ari ahad. Aku ingatkn dh terlepas x yah nak attend lg dh. Rupe-rupenye kene jgk. As usual..pemegang tray hadiah kene la attend kn :P So, ahad ptg tu..aku,kak zalia,kak sham n aten pegi Menara Alor Setar utk Majlis Berbuka Puasa bersama Pengerusi TM sambil meraikan anak-anak yatim n keluarga-keluarga yg kurang berkemampuan. Majlis tu kat tingkat 3, Menara Banquet Deck. Aku tak bwk camera coz emergency notice so x dpt nk upload gmbr. Gmbr pamphlet yg aku dpt ni je la aku upload sbg ganti. Hihi :) Syg la sbb x dpt nk capture view yg sgt cantik dr atas menara. Bkn slalu nk dpt pegi menara tu. Hurmmm (!_!) rugi rugi rugi.

# Program TM Mendampingi Komuniti #



As referred to d' previous post titled "Off to Kulim", I would like to..ahahahahahah !~ Dah mcm nak buat surat rasmi kerajaan ni kenape :P

Actually aku nak citer la cket pasal program khamis lepas yg dekat Kulim tu. Not really Kulim la,Padang Serai yg sebetulnye..hehe. Kami btolak dari ofis kol 9.30,smpi kt tempat program dlm kol 11 la jgk. Aku g bersama-sama Abg Ayiem, Abg Faudzy, Kak Umi n Kak Sham..naik Avanza TM. Abg Zakri n d rest tgg ofis. Masa on d way pegi tu aku agak tersiksa sbb barang byk kt blakang so kena sempit2 cket. Dah smpi sana..setting barang2 sumer then kami pegi meronggeng sekitar pekan Padang Serai tu smpi kol 1. Aku plak aritu sakit kaki..kakiku bengkak n sakit yg teramat sgt mlm sebelumnye tu tp kuatkan semangat jgk sbb aku mmg nk join program tu. Alhamdulillah, baik dgn sendirinye b4 event start kol 4. Semuanya berjalan dgn lancar..just timing je yg lari cket coz Toh Puan terlmbt smpi. Dat day sgt panas n kami-kami kt situ sgt la hausnye tuhan je tau. Aku berbuke jamah nasik cket sgt..air yg byk minum. Plus,badan pun penat coz rabu mlm aku x dpt tido dari kol 3 smpi ke pagi..kaki bengkak tu bdenyut-denyut sakit. Mcm-mcm sungguh. Haih !~

Kami balik ofis dlm kol 9 dari Padang Serai, smpi TM kol 10.45 camtu. Kak Zalia tumpang kami balik skali sbb kete pun dh kosong takde brg so aku dh dpt duduk dgn selesa bergelak ketawa. Hahahaha !~ Aku smpi umah mlm tu kol 11.30 kot. Mmg penat giler..tukar baju terus tido je. Selamat belayar dgn keletihan yg teramat sgt. Lately ni mmg agak bz kt ofis tu sbb sume org asyik memanggil aku budak merempat yg takde meja ni buat keje yg pelbagai. Wah ha ha. Yela, lg 3 org student UUM tu ade meja n pc nk ngadap even kongsi2 but still ada kan. Aku ni? Bosan dowh kalo takde keje. Nak bwk laptop pn dh takde meja. Tp ok la gak..muke kebosanan aku membuahkan hasil. Dpt keje nak buat. Ngahahahahaha ^_^

Sunday, September 13, 2009

# Just Arrived Home #

Uwaaaaaaaaaaa..aku baru sampai umah ni dari ofis. Event selesai kol 8.15 then Kak Zalia antar balik ofis amek kete n terus drive blk umah. Manyak penat wooo..mata sudah mengantuk sgt. Perlu iron baju utk esok tp rasa sgt tak larat. Esok pagi ade small function lagi. Ayoiiyoiii (!_!) Skrg, aku nk g cuci muka..nak mandi CONFIRM TAK BOLEH, parent marah mandi mlm..kt Melaka dulu yela boleh sesuke hati je mandi. Uhuhuhuhuhu :P Then nak tido..zzzzzzzzzzz