Tuesday, February 3, 2009

# Harta? Kaya? Harta? Kaya? #


Sekadar renungan…tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ada apa dengan duit ringgit, harta kekayaan? Tak boleh bawak mati pun. Tak boleh bawak masuk kubur pun. Sekadar pinjaman untuk hidup kat dunia ni je. Tak payah la nak sombong, bongkak, riak, takbur dengan apa yang kita ada tu. Orang lain lebih lagi tapi tak bangga diri pun. Buat orang menyampah + meluat je. Jangan sampai satu hari tuhan tarik balik apa yang Dia dah bagi tu. Bawak-bawak la bersyukur, berterima kasih banyak-banyak. Buat amal jariah, lakukan apa yang wajib + patut buat. Tak payah nak bangga-bangga diri takut nanti satu hari rezeki tu tuhan ambik balik sekelip mata ja. Zaman sekarang ni balasan tunai, dah tak hutang-hutang lagi.

Bila difikirkan balik baik berkawan dengan orang miskin=hidup susah daripada berkawan dengan orang kaya=hidup senang. Tapi bukan semua orang kaya tu teruk. Ada jugak yang berhati mulia, ikhlas hati dan perbuatan. Cuma kebanyakan bila dah senang sikit, mula lupa masa susah. Hmmm, duit banyak harta bertimbun pun tapi kalau hidup tak aman bahagia tak guna jugak. Biar tak banyak duit, tak ada harta tapi hidup ceria gembira. Pada aku, apa-apa pun biarlah yang bersederhana. Janji yang penting hidup penuh dengan kebahagiaan, kasih-sayang. Penting sangat-sangat.

Entry ini sekadar menganalisa keadaan semasa. Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu. Ada mata lihat. Ada telinga dengar. Ada akal nilai dengan kebijaksanaan.

No comments: