Monday, March 16, 2009

# Memotivasikan Diri Sendiri #


5 ujian ukur tahap iman

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Riwayat al-Hakim)

Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.Allah mendatangkan ujian untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar, diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut saja.

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia perbuatan yang dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh membuatkan semangat menjadi lemah, terbitnya perasaan kecewa serta putus asa.

Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. – (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan kehidupan.

No comments: