Wednesday, March 11, 2009

# Pasrah Segalanya #


"Jika datang kesulitan, maka ketahuilah bahawa itu hanyalah awan di musim panas yang sebentar lagi akan berlalu...
Jangan takut dengan gemuruh petirnya dan sambaran kilatnya, kerana boleh jadi awan itu malah membawa hujan yang menyejukkan"

hati..tabahkan dirimu, hati..tetapkan pendirianmu, hati..kuatkan semangatmu, hati..buangkan resahmu.

pesan makku : ikut hati..mati, ikut rasa..binasa, ikut nafsu..lesu.

aku bermonolog sendiri : masakan aku tidak mengikut suara hati kerana dia teman ku berbicara..kerana dia tempat ku memendam rasa..kerana dia ku diuji.

aku bermunajat pada-NYA : ya-ALLAH..andai hati kumula berbicara kesal, tegurlah ia. andai hati ini diselaputi dosa, ampunilah ia. andai hati ini dilamun resah, tenangkanlah ia. jgn kiranya ENGKAU meletakkan aku dibawah budi bicara hatiku sendiri walaupun sekelip mata. pimpinlah aku..bimbinglah aku. hanya pada-MU tempat ku mengadu.

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Going back to Kedah tomorrow morning..nk jmp ayah tersayang !~ He's not well, in the hospital now. Dah masuk 2 hari tapi baru dpt berita petang tadi. Mak rahsiakan sbb aku ada exam mlm tadi tapi tanpa diduga rahsia terbongkar jugak. Mak takut aku risau,nnt takleh concentrate exam. And guess what, aku dpt berita pukul 530..pukul 8 exam. My blood pressure going up high u noe ~ Menggigil satu badan. Amanah tidak ditunaikan. Purposely or not I'm not sure ! My instinct said so. Sorry ! OK, a big full stop.

Exam HR Info.Sys. tadi mmg sayang giler aku terlepas pandang satu soalan yg SEPULUH MARKAH OK !~ Soalan tu aku agak yakin aku boleh buat. Sayang sgt. Sedih siottt. Rasa sgt-sgt down. Calculation for tax deduction pun aku dah salah. Aku confident leh perform paper ni tapi maybe takde rezeki. Fikiran agak terganggu. Hati berdebar-debar..tak tenang.

Menyalahkan keadaan tidak sama sekali. Mungkin ini dugaan. Dan kalau kegagalan aku itu suatu kebahagiaan utk semua..aku redha, pasrah segalanya :) Aku ada DIA..tempat ku memohon dan mengadu segala-galanya. Apa yg diharapkan, ada kebahagiaan lain utkku sbg hikmah kegagalan itu.

No comments: