Monday, March 16, 2009

# Memotivasikan Diri Sendiri #


5 ujian ukur tahap iman

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Riwayat al-Hakim)

Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.Allah mendatangkan ujian untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar, diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut saja.

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia perbuatan yang dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh membuatkan semangat menjadi lemah, terbitnya perasaan kecewa serta putus asa.

Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. – (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan kehidupan.

Wednesday, March 11, 2009

# Pasrah Segalanya #


"Jika datang kesulitan, maka ketahuilah bahawa itu hanyalah awan di musim panas yang sebentar lagi akan berlalu...
Jangan takut dengan gemuruh petirnya dan sambaran kilatnya, kerana boleh jadi awan itu malah membawa hujan yang menyejukkan"

hati..tabahkan dirimu, hati..tetapkan pendirianmu, hati..kuatkan semangatmu, hati..buangkan resahmu.

pesan makku : ikut hati..mati, ikut rasa..binasa, ikut nafsu..lesu.

aku bermonolog sendiri : masakan aku tidak mengikut suara hati kerana dia teman ku berbicara..kerana dia tempat ku memendam rasa..kerana dia ku diuji.

aku bermunajat pada-NYA : ya-ALLAH..andai hati kumula berbicara kesal, tegurlah ia. andai hati ini diselaputi dosa, ampunilah ia. andai hati ini dilamun resah, tenangkanlah ia. jgn kiranya ENGKAU meletakkan aku dibawah budi bicara hatiku sendiri walaupun sekelip mata. pimpinlah aku..bimbinglah aku. hanya pada-MU tempat ku mengadu.

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Going back to Kedah tomorrow morning..nk jmp ayah tersayang !~ He's not well, in the hospital now. Dah masuk 2 hari tapi baru dpt berita petang tadi. Mak rahsiakan sbb aku ada exam mlm tadi tapi tanpa diduga rahsia terbongkar jugak. Mak takut aku risau,nnt takleh concentrate exam. And guess what, aku dpt berita pukul 530..pukul 8 exam. My blood pressure going up high u noe ~ Menggigil satu badan. Amanah tidak ditunaikan. Purposely or not I'm not sure ! My instinct said so. Sorry ! OK, a big full stop.

Exam HR Info.Sys. tadi mmg sayang giler aku terlepas pandang satu soalan yg SEPULUH MARKAH OK !~ Soalan tu aku agak yakin aku boleh buat. Sayang sgt. Sedih siottt. Rasa sgt-sgt down. Calculation for tax deduction pun aku dah salah. Aku confident leh perform paper ni tapi maybe takde rezeki. Fikiran agak terganggu. Hati berdebar-debar..tak tenang.

Menyalahkan keadaan tidak sama sekali. Mungkin ini dugaan. Dan kalau kegagalan aku itu suatu kebahagiaan utk semua..aku redha, pasrah segalanya :) Aku ada DIA..tempat ku memohon dan mengadu segala-galanya. Apa yg diharapkan, ada kebahagiaan lain utkku sbg hikmah kegagalan itu.

Friday, March 6, 2009

# Keistimewaan Wanita #


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
11. Apabila engkau dipanggil oleh dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepadasuaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?"
Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?"
Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk daripintu mana saja tanpa dihisab.
30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.
31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?"
Jawab mereka, "Tidak"
Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

# Mari Menguji Ketajaman Mata Anda #

Selamat Mencuba ^_^

Friday, February 27, 2009

# Emotionally Unstable #

Buduh arr...buduh buduh buduh !~

Eeeeeeeeeee gerammmmm !~

AKU TAK SUKA..AKU BENCI..AKU MELUAT..AKU MENYAMPAH..AKU RASA TAK BOLEH BERSABAR LAGI !!!!! U'RE JUST TOO MUCH !!!!!

YES, aku sedang memberontak dlm hati sebab aku tak boleh nak ckp face2face.

I feel like taking a gun and put it to that person's head..get it over with but I don't want to do this..

But I feel so alive
I can't help myself, don't you realize

I just wanna scream and lose control
Throw my hands up and let it go
Forget about everything and runaway yeah
I just want to fall and lose myself
Laughing so hard it hurts like hell
Forget about everything and runaway yeah

So So is how I'm doing if you're wondering
I'm in a fight with the world but I'm winning
Stay there come closer it's at your own risk

Yeah you know how it is life can be a bitch

THIS IS HOW LIFE CAN BE A BITCH

Sunday, February 22, 2009

# Special Entry for Luvly Roomate #

Hew Hew Hew !~

This entry is purposely dedicated to my beloved roomate ^_^ chumel kn dia ~ ngeh ngeh ngeh. Nama dia Shahirah Mohd Nor. Single mingle jingle bell lg (promote cket). Seperti tertera di dlm gmbr..Penyergah Berjaya, ha title itu sgt sgt sgt lah sesuai ok. Isk Isk Isk. Jantung aku asyik tkejut je dok ngn minah ni. Memula cam pendiam tp skrg die dh ketemui kelemahan aku. Damn ~ That's not good for health ! Ahahahahaha

Beberapa sergahan yg aku ingat la kan, latestnye ptg td time aku ketip kuku kt balkoni bilik. Punya la khusyuk aku ketip kuku skali rs cam ada benda lembut2 masuk baju. Mau tak culture shock aku...getah ikat rambut die masukkan dlm baju aku. Lembut2 mcm tu..aku dh pikir lain. Bunguks ni !~ Die dh gelak-gelak..full of satisfaction. Adeih. Ye la, lately ni bilik kami asyik dikejutkan dgn cicak-cicak besar yg boleh dicincang-cincang buat daging beger kasi rumet mkn..Muahahahaha.

Before ni dia suke kejutkan aku time aku kuar g toilet. Time aku nk masuk bilik balik mesti die dh plan nk kejutkan kt memane, either blakang pintu or tepi tangga or kekdg kat toilet pun die pulun nk kejutkan aku. Haih !~ Kena la plak aku mmg jenis yg cepat tkejut tapi effect nak jerit lambat 30 second. Ahahahaha. Pe lagi gelak besar die suke sbb dpt menterperanjatkan aku. Tapi ade skali aku g amek air and tetibe aku dh terpikir utk berhati-hati. Ahahaha. Aku jalan masuk bilik slow-slow. Aku tgk tepi tangga, die dh dok terkekeh-kekeh tahan gelak !~ Wah ha ha. Mission failed ^_^ Yes !!!

Skrg ni mmg kepala otak aku dh otomatik akan be careful sepjg masa. Hahahaha. Mane taknye kan..aku tgh mandi khusyuk-khusyuk pun leh tkejut ngn die. Dok jerit nama aku tetibe. Itu belom time tgk movie sesame dlm bilik citer hantu. Sengal tak sengal sgt la kn, mmg sengal !~ Parah ni..Seb baek jantung masih di tahap yg normal dan sehat wala'fiat. Part yg bestnye pas aku tkejut tu kami akan gelak sepuas-puasnya. That's why I love you rumet ^_^ Actually rumet lama pun sama. Yg tu extra pulun smpi sembunyi selipar dlm bilik. Punya bersemangat nk kejutkan aku. Ayoiyoii =)) Nama dia Noor Farhana Ahmad Husaini atau Ms. B. Hahaha :P She's single but not available.

Haih Haih Haih...tu la ceritenye gerangan rumet-rumetku. Tapi aku sgt happy dgn mereka. Ken Lee (can't live) without them. Ken Lee Ken Lee. Ahahahaha :)) Sila browse kt u-tube kenapa aku guna Ken Lee. Hanya itu utk arini. Mau setelkan byk keje yg tak setel-setel.

-chow chin chow-

Da-Da

Friday, February 20, 2009

# It's Time to Enjoy d' Weekend #

Hello Hello Kopi ke Milo !~ ^_^

Week 3 has settled down already. Jadual sem ni not too pack but Monday is a very tiring day for me. Class started at 9 to 12 and my consultation for FYP with my supervisor at 12 till 1. I just have break between 1 to 2 and d' class continued from 2 till 7 pm. HUH !!! extremely tired OK. Paling memenatkan kelas kol 4 smpi 7 tu la sbb time tu kelas co-co dan aku amek badminton utk co-co. Pukul 4 kena rush g court badminton. This week dh start practical class. Ayoiyoii mmg marvellous ar strecthing for d 1st hour tu. Bergegar urat-urat satu badan ni ha especially otot-otot perut + tangan + kaki. Perghhh gigil-gigil badan aku pastu sbb aku tak sempat jamah secebis makanan pun dari kol 9 sampai 4 tu. Mmg semput la gak, seb baek last week ade ikut farah g hiking bear hill. At least aku dh warm up cket. Takde la terkezuttt sgt, tapi best la. Rasa cam fit cket...ceewahh :P Hopefully by d end of dis trimester I will be losing 10kg. Hahaha...lebih la tu !~ Impossible. At least 5 pun ok la. Kurus cket :D. It just for Monday la, coz ari lelain ade 1-2 kelas je. Friday free whole day.

I'm taking 6 subjects this sem. 2 subjek aku repeat sbb nak upgrade pointer. Result sem lepas sgt menggembirakan and it's really motivates me to try my best for my final sem. Almost dean list and worth it la sbb aku dok pulun buat FYP smpi bersengkang mata tak tido. At last, dpt A- utk FYP. Alhamdulillah. Tak expect pun coz tajuknye agak mencabar kesabaran la nk cari previous research paper smpi aku dh rasa give up sgt. Kena marah ngn supervisor lagi. Tapi tu la kan, susah-susah dahulu senang-senang kemudian ^_^. Aku ckp kt Mdm Mazni (SV) aku bajet dpt B+ je. She said, i read yours and it's quite good, u deserve that mark (tersenyum kejap..full of satisfaction). Thank You Mdm !~ Ihihihihihi.

Jadinye, diharapkan 2 subjek yg aku repeat tu leh bantu upgrade pointer. FYP 2, I'm praying for the best grade again this sem sbb 4CH so sgt membantu naikkan pointer. For badminton, most of my seniors ckp agak senang nk score and my coach pun ade inform most of his previous students dpt A- for d subject. Another 2 subjects, utk permulaan ni agak ok tp kene fokus lebih cket sbb Strategic Management byk case study. HR Info. Sys. lak kene master salary calculation to pass d subject. Assignment agak tough for both subject tapi takpe sbb my group members sumenye berdedikasi ^_^ Bersatu teguh bercerai roboh. Tetibe ~ Ahahaha..

Apa-apa pun aku mmg dh bersedia utk sem ni and bersedia utk final result jgk. Huhuhu. Leave out all d rest. Must have confidence in urself. You can do it. Just go on with the flow. Don't felt regret with d past, it's not worth it. Always believe in a second chance (",)

Insya-Allah esok kalo takde aral melintang, aku + rumet tersyg (suke sergah aku..naughty gurl ar u) + farah + uyah nak kuar tgk movie sama-sama. Aku nak tgk Geng d Movie tp my rumet dh tgk dlu. Dia nk tgk citer Benjamin Button. Aku pun nk tgk citer tu gak. Hisk...tak kire kene tgg aku tgk Geng dlu pastu baru tgk Benjamin Button. Movie Marathon..weee ~~~

Malam ni kene sleep tight tight ok for d movie marathon tomorrow. Wah ha ha ~ Got to go la..mau pigi mandi. Nnt update lagi okeh !

p/s : rumet aku dok gelak ngn title blog aku ! blasah karang..nk berpuitis skali-skale pun takleh..aku sedang memartabatkan bahasa melayu yg indah ni :P nmpk klasik cket..ahakssss ~ OKDADIAM


-chow chin chow-


Da-Da

Tuesday, February 17, 2009

# Being Independent #

This entry is not to blame + mock anybody. Just for the sake of learning and taking it as a lesson. Well, we're human and we're not PERFECT !~ definitely.

Independent..what does it means? The capability of standing alone and do things on your own effort. But, somehow we still need to depend on other person in some situations. I can't deny that,me as well in certain times need somebody to depend upon. Still, I always said to myself to learn to be independent. Seek help only when I really need it.

Actually aku bengang ngan sumone sbb buat perkara yg tak patut dibuat. Penat strecthing smlm pun tak abis lagi, ada plak yg nk tlng strecth tmbh kepala otak aku. Haihhh ! I'm not sure either I should felt annoyed or not but as a girl I think it's quite irrelevant for guys. If the reason is u're shy, huh for me I can't accept. In this case,the thing is just simple. I'd gave the contact but u're not even do anything for that. At least, add the person (ID ym was given) and tell something. I don't mind to get it for you whether I'm busy or not BUT, the sms i'd received before HRIS class today really made me felt very angry. I'm receiving instruction for the thing that u're the person that should do it actually. NOT ME. I did my part. See, bile aku marah english aku mmg terbaek ar (utk aku la : ignore d' grammar).

Since I'm not in a good mood today, just take note of the consequences. Bkn sbb moody sgt pun senarnye coz i'd had a very nice sleep last night. SMS tu yg sgt tak boleh diterima. Kena plak time tu aku tgh buat salary calculation utk HRIS nye kelas kol 2. Mmg bengang sgt-sgt la. Serious ! Simple thing pun tak leh nak handle sendiri. Susah la.Ok, maybe small matter tapi benda yg kecik tu la kekdg kene take it seriously coz we're learning from that actually. Aku yang pompuan ni pun leh survive. Bkn nak bangga diri ke ape. Dulu aku pun teruk jgk. Takde la independent mane pun. Tapi lama-lama aku cam pikir, sampai bile nak depend ngn orang lain. Selagi benda tu leh survive sorang-sorang n tak memerlukan any help, buat je sendiri. Zaman dah berubah. Have to be INDEPENDENT.

At the same time, my rumet pun kena condition yg lebih kurang sama. Dia pun bengang dgn grupmate laki die. International student. Ktorg dh sgt enjoy d' weekend dok gelak-gelak happy-happy even dok bilik je and tetibe bengang pn sama-sama. Same time. Ahahahaha. Aku ckp kt rumet aku..kenape laki zaman skrg ni mcm tak leh nak independent ar, takde inisiatif sendiri utk dapatkan sumting or whatever la. My junior pun ade citer hal yg lebih kurang sama jgk pasal member laki dorg. Eeeee ! I hate dat type of guy.Tapi, it's unfair to say that all guys are like that. Some of them je la. Not all OK !

Sorry la if ada yg terasa. This is my blog so I'm free to write anything. I think, I don't care !~ Coz when I did care of people, they're taking advantage sometimes. SO ??? Why should I??? haha. Ini pun kire baik aku tak gune bahasa kesat. Ikutkan hati nak aje tapi takpe. I'm learning to control it.


-chow chin chow-

Da-da

Sunday, February 15, 2009

# PHD = perasaan hasad dengki #


Seperti biasa, sekadar renungan. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Apa itu hati? Segumpal darah yang tuhan ciptakan untuk menyayangi, mengasihi, bersangka baik dan ikhlas dalam perbuatan. Keikhlasan datang bersama hati yang suci bersih. Niat bermula dari dalam hati. Solat pun kita niat dalam hati. Kalau hati tak bersih, apa yang kita buat mesti jadi tak ikhlas. Niat pun akan jadi tak baik. Mulalah perasaan hasad dengki. Tak senang duduk tengok hidup orang lain. Macam cacing kepanasan. Hati tu penuh dengan dengki khianat. Perasaan tu diseru pulak dengan bisikan syaitan untuk menzahirkan apa yang dipendam. Bila tak kuat iman, jadilah macam-macam perkara tak elok. Bergaduh sesama sendiri disebabkan perasaan hasad dengki.

Buang-buang la perasaan buruk macam tu. Jangan disimpan sifat mazmumah macam tu dalam diri. Buat jadi kawan syaitan je. Tingkatkan amal ibadat moga dikuatkan iman dan taqwa. Itu bekal untuk ke syurga. Tak guna kalo hari-hari solat lima waktu + baca quran khatam berkali-kali tapi hati tak bersih, niat tak baik, ada syak wasangka buruk dalam diri. Perasaan hasad dengki tu cuma jadi bekal kalau nak masuk neraka je. Nau’zubillahiminazzaliq.

Lidah mewakili zahir,hati mewakili batin.Jadi untuk memiliki batin yang suci lagi bersih,kenalah sucikan zahir dulu.Imam Ghazali pernah berkata "tidaklah Allah memberatkanmu dengan amal ibadat melainkan untuk menyucikan dirimu"

" didalam tubuh anak adam ada seketul daging, jika ia bersih, maka baiklah keseluruhannya, jika kotor, maka akan kotorlah keseluruhannya"


Gunakan hati untuk berbuat baik pada orang lain, bukan sebaliknya. Hidup kat dunia ni tak lama. Masa yang ada tak memberi jaminan Al-Jannah kat sana nanti.

p/s: tapi kalo nak amek PhD., itu dialu-alukan. Ehehehehe.

Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

-chow chin chow-
Da-Da

Tuesday, February 10, 2009

# Al-Fatihah #

Fatimah al-Zahra..manis wajah seindah nama yg diberi, telah pergi meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya di awal usia menjangkau 13 tahun (!_!).

Insan yang dimaksudkan kt atas ni anak kpd sedara aku. Aku dpt berita ni mlm semlm pas call mak tanya result x-ray ayah aku. Terkejut aku ! Mane la nak sangka kan..muda-muda dah meninggal. Then aku tanya la mak meninggal sebab ape.

Aku : sakit apa mak?

Mak : sakit jantung katanya tapi kak anum(ibu arwah) tak tau yg dia sakit..meninggai kat sekolah.

Aku : laaa, yaka? sakit jantung...hmm, kesiannya ~ muda lagi kan anak kak anum tu.

Mak : baru tingkatan 1.

Aku : dia sakit masa dekat sekolah ka?

Mak : kak anum crita, dia tak mau p sekolah ari meninggai tu..dia kata dia tak larat. kak anum kata kalo tak larat takpa la, tak payah p sekolah. dlm kol 12 mcm tu, dia kata dia nak p sekolah pulak. dia suruh kak anum hantaq kat tmpt tunggu bas tu, dia suruh tunggu sampai dia naek bas. kak anum pun tunggu la. dah sampai sekolah dia dah lain mcm dah kwn2 dia cerita..diam ja takmau sembang apa-apa. masa rehat dia p duduk dekat padang sorg2. pastu amalina(kakak arwah, sama sekolah) p la jumpa dia kat padang tanya pasaipa dok kat padang sorg2. dia bgtau dia tak larat. pastu dia mintak nak salam ngn kak dia. dia kata, aku nak balik dah ni (sob sob !_! sebak aku dgr). kak dia pun pelik tiba-tiba nak salam ckp mcm tu. pastu kak dia bwk masuk kelas. smpi kelas dia pengsan. katanya, dia meninggai masa on the way nak p hospital tu.

Aku : (terkedu seketika) kebumi bila?

Mak : mayat smpi rumah kol 11 mlm. (lama tol post mortem). depa kebumi mlm tu jugak. abg sobri (ayah arwah) kt tgh laut nuh, talipon tak angkat. tapi time tu dia dah nak balik darat dah, tu yg dia tak angkat tu. mak p la tgk esoknya tu. amalina teriak bengkak mata. dia sedih sbb slalu dok marah adik tu sbb asyik-asyik tak larat. suruh buat tu tak larat,buat ni tak larat. rupa-rupanya dia sakit. kak anum sabaqnya la haiii...boleh dok cerita x teriak pun. mak pulak yg sedih dok dengaq cerita.

Aku : (dah sebak) dia tahan la kot..nangeh byk2 pun tak elok jgk kan.

Itu la ceritanya..takpelah, tuhan lebih sayangkan dia. Mudah-mudahan Fatimah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..al-Fatihah !~

Utk kak anum sekeluarga..kuatkan semangat,tabahkan hati. Insya-Allah arwah aman bahagia kat sana. Dia budak baik..mungkin ada janji syurga utk dia :)

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin